>

Saturday, 9 December 2017

CiKgU HuMaIrAa


                   Cikgu Humairaa


 
        Hari Pertama Melaporkan Diri
                 Alhamdullilah Tahniah buat diri ku kerana terpilih untuk merasa pengalaman menjadi seorang guru.. walaupun hanya sementara tapi pengalaman yang aku dapat cukup bermakna buat diriku. Banyak perkara baru yang aku pelajari dan pengalaman baru yang aku dapat.  

               Walaupun sekejap tetapi untuk meninggalkan sekolah tu.. berat bagi ku... kerana ini adalah pengalaman pertama aku menjadi seorang guru.. dan pertama kali ada anak murid memanggil ku " CIKGU HUMAIRAA"...







          

   1 Oktober 2017 aku melaporkan diri di SMK ST ANDREW MUAR JOHOR... agak gementar tetapi entah macam mana datangnya kekuatan itu aku rasa saat aku melaporkan diri di sekolah tersebut mereka semua menyambut ketibaan kami dengan penuh mesra dan kedatangan kami seolah-olah ditunggu oleh sekolah tersebut..
                                    
surat tawaran diterima


Sebenarnya aku ditugaskan oleh pihak PPD mengantikan guru subjek perdagangan.. tetap nasibku baik kali ini.. jadual yang aku terima adalah subjek Bahasa Melayu tingkatan 2.. Mengaru jugalah aku.. daripada subjek perdagangan bertukar bidang ke bahasa melayu.. orang kata kalau tak nak sesat rajinkan bertanya.. hehe..

setiap pertanyaan ku kepada guru-guru yang mengajar disekolah tersebuat membuatkan hubungan silaturahim kami bertambah erat.. mereka disana sentiasa saling bantu membantu dan tak pernah lokek dengan senyuman...
merasa juga untuk memasuki majalah sekolah
Meraikan majlis pesaraan
Menyambut hari deepavali yg julungkali diadakan
Meraikan Majlis Perpisahan Dan Majlis pesaraan serta pemindahan guru..


                                    Banyak juga kisah yang berlaku di sekolah tersebut.. walaupun dua bulan jer ada kat sekolah tu.. tapi rasa mcm dh bertahun mengajar kat situ..  berat nak tinggalkan sekolah tersebut.. 
bersama dengan pembantu makmal dan guru sandaran yang seangkatan
2 HIKMAH 
Antara pelajar kesukan yang rajin menyakat cikgu dia..
Cikgu rindu kamu 
Mataku sudah berkaca
                Tanggal 23 November 2017 tamat lah kontrak guru sandaranku.. sedih tu jgn cakap.. hari terakhir kami aku bersalaman dengan semua guru dan minta halalkan makan minum.. ilmu.. dan lain-lain...  
              Harapan aku agar dimana aku berada aku akan berjaya dunia dan akhirat.. .. lankahku belum terhenti lagi.. banyak lagi yang aku perlu pelajari.. dan bnyak lagi pengalaman yang aku perlukan....  

No comments:

Post a Comment